Friday, December 31, 2010

Kita Juara!!!!



Tiada kata yang dapat aku berikan melainkan syabas dan tahniah kerana telah mempersembahkan aksi yang hebat dan gud job!!! untuk semua pemain2 Malaysia...huhu3...Harimau Malaya membaham dan berjaya menahan asakan Garuda...itulah yang dapat disimpulkan pada final Piala AFF Suzuki 2010...juara baru telah ditabalkan...setelah 14 tahun kita menanti piala ini untuk berada di Tanah Tumpahnya Darahku...Malaysia...akhirnya kita JUARA...

Walaupun tewas pada aksi 2nd leg di stadium Gelora Bung Karno, 2-1 kepada Sang Garuda, ternyata aggregat telah memihak kepada negara kita yang telah score 3-0 di stadium Bukit Jalil dengan doa dan sokongan dari semua rakyat Malaysia serta penyokong2 yang tak henti2 bagi support kat team kita...

* ayat cam skema je kan....hahaha3..tetibe jadi skema...aku x tahu kenape...kah3x..

Walaupun penyokong x ramai g Indon..pastu dengan pelbagai halangan dan cabaran yang di hadapi dari penyokong fanatik Indon yang ntah pape...dgn trainingnya kat tepi kolam n banyak lagilah...tapiiii berbekalkan semangat serta kata2 dorongan dan doa yang x putus2 dari rakyat Malaysia, player2 akhirnye berjaya mengekang asakan dari team Indonesia dari minit pertama lagi...even byk defend tp ade gak counter attack yg di buat...kalo x, xde plak Safee Sali buat gol kan...dahlah cantik gol tu...member2 fb ramai yang kata cam ala2 Mokhtar Dahari je..huhu3..




pemenang penjaring terbanyak
cayalah!!!!



Pastu x lupe dgn ketangkasan penjaga gol kita yang tinggi lagi hensem...x lain x bukan adalahhhhhhhhh........ Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apexx!!!!
sekarang fenomena TsuFahmi melanda...wahaha3...dlm paper ada bagitahu yang yang twitter Apex ni merupakan kelima tertinggi di dunia...bukan Asean tapiiiii DUNIA!!!...superb r...hu3..kalo nak tahu lebih lanjut klik sini ye..fb die pun ramai gler fan...jum click sini...:) memg bertuah gile sape dapat dia kan...kalo korang nak tahu sape awek die , jum bace blog nie..korang pasti akan dapat jawapan tu..oyeahhh!!!jum terjah blog Elia: short & sweet..sweet je tgk diorg nie...semoga kekal hingga akhir hayat dearrr!!!ngeh3x...:P

pe yang pasti x lupa kat KingGopal n semua2 lah kan...huhu3...
ole...ole...ole...ole...jum nyanyi..hehe3..


jum layan gambar2 sang JUARA...Harimau Malaya...

wajah ceria sang juara!!!


korang terbaik punyee!!!


oyeahhh!!!
-
-
-
-
-
-
-
-

...ni plak highlight tuk 2nd leg ...jum nonton ye!!!hehe3...




::: Tarikh 29 December 2010...pasti akan tercatit sebagai 1 kejayaan yang bermakna:::
::: terharu plak tgk diorang menang cup ni+sokongan dari rakyat Malaysia:::
:::aku tabik springg lah...hahaha:::
:::semua memang superbbbbb!!!!:::





Tuesday, December 28, 2010

bila aku dah bersorak..!!!



" inilah barisan kita "

Salam pembuka bicara...:)

1stly xda apa yang aku nak katakan melainkan syabas dan tahniah to pasukan Harimau Malaya kita. Seperti yg sedia maklum. aku rasa 1 Malaysia dah tahu kan yg kita dah menang bola semalam. 3-0 menang ke atas Indonesia dalam Final 1st leg AFF SUZUKI CUP. Pagi tadi semua paper, tv, radio, fb dan segala bagailah duk cerita sal bola. Sume coverpage paper pasal bola semalam. walaweyhhh....Bertapa football ni memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa, agama dan budaya...yang pasti ape yg aku tgk semua bagi sokongan . Tgk penyokong ramai gler kat stadium...meriah!!! 80,000 ribu org tue...terharu rasanya!!!!walaupau aku tengok kat rumah je, sorak tetap sorak..sama semangat dengan penyokong yang ada kat SNBJ..haha3. sampai suara ni jadinya seksi gitu...hahaha..adik2 aku yg selame nie tak layann mana bola..semalam boleh plak join bersorak2 dgn aku n ayah .

dah lama x rasa meriah cam ni bila tengok team Malaysia main. terasa bangga apabila menjadi rakyat Malaysia...credit to semua penyokong..x kira datang dari mana pun termasuk seluruh pelusuk negeri, semua berganding bahu bersama2 menyokong team Malaysia nie...
Semua pemain aku tgk bersemangat n berkeyakinan utk mendapatkan kemenangan. Akhirnya berkat usaha pemain2, strategi yg coach bg serta berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia , akhirnya kita menang di laman sendiri..

yg pasti 29 Dis 2010 nie a.k.a Rabu..berlangsung plak di stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Harap2 Malaysia boleh kekalkan momentum dalam perlawanan tue.. sama2 kita berdoa yer.. diharapkan piala itu dapat di bawa balik ke Malaysia oleh pemain2 kita..setelah 14 tahun negara menunggu saat2 nie...Insyaallah...:)

2 jaringan yg dihasilkan oleh Safee sali, n 1 dari ashaari samsudin sudah cukup untuk membawa bekalan di tempat lawan...MALAYSIA BOLEH!!! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...


" wira2 Malaysia "


..like3x..


" supporter yg bikin gamat stadium "


pepun jum kita layan video nie...
tuk kenangan kita di masa hadapan...




* credit to mr. youtube...ngeh3x..


::: aku bukan reporter sukan ye...ngeee!!!!
:::pepun tahniah tuk semua rakyat Malaysia....
::: doakan Malaysia terus maju jaya....



Wednesday, December 22, 2010

akhirnya..air mataku tumpah jua.....





* credit to mr gOogle*


Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi semalam , sedang aku menggeledah/melihat apa yang patut dalam fb aku oleh disebabkan xde kerja kan...sedang mataku melilau lilau menengok apa yang patut, maka terjumpalah aku 1 coretan yg ditulis oleh Haslinda Alias ... yang bertajuk " meleleh air mataku apabila membaca kisah ini " ..tetibe je selepas baca coretan 2, air mata aku mengalir...sugguh touching bebb...bagi mereka yg mempunyai hati yg keras, maybe xde rasa pape...almaklumlah aku ni hanyalah wanita biasa...yg mempunyai air mata untuk di keluarkan....bagi aku cerita ni amat memberi kesan...sob..sob...:(

Tibe2 aku terfikir, kalau perkara sebegini terjadi kepadaku, adakah aku akan kuat dan setabah mereka untuk menghadapinya??? ... hanya DIA yg mengetahui segalanya...hanya DIA yg mengatur segalanya...sesungguhnya daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali...apa yang pasti kita kena redha atas apa yang berlaku...mungkin ada hikmah di sebaliknya...

mari sama2 kita baca apa yg telah aku baca semalam... semoga menjadi iktibar untuk semua...


CERITA DARI SEORANG SAHABAT..


Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.

Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini. Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…


Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.


Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.


Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.


Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja. Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.


Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”


Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.


Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik. Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.


Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.


Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.


Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.


Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.


Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.


“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.


Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”

Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.


INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.


~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~




Saturday, December 18, 2010

Bestt Bangatttt dOngg!!!!


Hari Sabtu yang indah dan lagi permai nie dgn hujan yg rintik2 dan cuaca yg mendung seharian,
tetibe terasa ingin membuat entry..hehe3...
sesaje nk bt entry sal lagu indon....best kan lagu2 diorg..
aku bukan nk berbangga2 dgn lagu diorg..tp memang dah terang lagi bersuluh yang lagu mereka2 nie best...
start cuti sem ni lagu indon la yang aku bukak tiap2 hari...buhsan kot duk kat umah nie...
last2 layann lagu je la..he3..lagu2 ni pun adzie
(ousmate) bg sebelum cuti ri 2...ternyata ianya sedap di dengar dong...hehe3..
dia pun dunlod kat blog seorg blogger yg femes...
mesti korang kenal kan irene nadia marcello...seorang blogger yg berjaya
ramai gler follower die..cantik dong orgnye...
muka die de iras2 Fatin Liyana...
die ni pun femes gak..follower dieorg x yah kata la
beribu2 tue...huhu3.
kadang2 terpikir gak..
bila la aku nak jd cam diorg kan...haha3..
( berangan lebih )
...hahahaha3...

ni die antara lagu2 yg best..kalo korg nak dengar dunlod la kat mana2 aje..
asalkan dapat dengar..he3..
pe yang pasti bg aku sgt2 best wei..
seyes weii...ini seriussss!!!wahahahahahaha3..


edCoustic - Muhasabah Cinta
Afgan ft Nagita Slavina - Yang Ku Tahu Cinta Itu Indah
Cappucino - Pacar Rahasia
Eren - Takkan Pisah
Eren Feat Romi - Bukan Kekasih Setia
Eren Feat Romi - Pelengkap Hidupku
Eren Feat Romi - Ternyata Kamu
Goliath - Aduh Ampun
Goliath -Bawa Kau Pergi
Goliath-Cinta Monyet
Goliath-Masih Disini Denganmu
Goliath-Tinggal Seribu
Hijau Daun - Aku Dan Air Mata
Hijau Daun - Setiap Detik
Kangen Band - Jangan Bertengkar Lagi
Munjalu - Jejakmu
Platinoem - Bukan Untukku
Radja - Maaf
Radja - Terus Terang
Taxi - Bila Kau Jadi Pacarku (BKJP)
Taxi -Terlanjur Mencintaimu
The Arian -Melupakanmu
The Face - Melupakanmu
The Real - Terbaik
Zivilia ~ Aishiteru


sekian saja untuk hari nie...sekian~~


::: terfikir asal lagu diorg best2 ekk...???hmm

bukan aku x dgr lagu negara sendiri...dengarlah..best jgk lagunya especially
Faizal Tahir, Aizat n so on on on....
jangan salah faham k..cuti ni je aku dgr lagu indon...
kalo x cuti x dengar...haha3
boleh ke cam 2??kihkikih3
wahahahaha...:) :P :D


Wednesday, December 15, 2010

akutetapaku

dah lame x update blog...lama kah??hehe3..

ntah knpe bila ak cdey je ak rasa je nak bt entry...tp bila aku happy...asal aku x tulis ek...pelik2...tp benar. ntahla ak pun x tahu...wahaha

tapi sekarang aku hepy je dgn kehidupan aku skrg...
cuma 2,3 hari lepas je aku cdey...
kerna hati ini telah menjadi kecil sekejap...haha3..

ntahla...aku rasa bukan aku sorang je kot yang terasa hati+gerammm+so on dgn keadaan yg berlaku..kalo korang berada kat tempat aku pun aku rasa korang rasa apa yang aku rasa...huhu3...ayat x bley blah...ha3..

apa perasaan korang...bila kita buat baik kat seseorang tu...pas 2 aleh2 kita dengar dia duk kutuk kita kat belakang...sengal punye kawan kan...2 yg aku x bleh terima sebenarnya....bila aku dengar je dia kutuk aku..aku pun naik geram r...cam x berbaloi je aku tolong dia selama ni...T_T...sampaikan aku dah give up tuk buat baik kat org...tp time 2 jela...skrg dah ok dah..huhu3..

bila ingat balik..cam lawak jew...time2 tu jgk aku off handset...haha3...kiranya cam protes r...haha3..die sms aku pun aku x balas...haha3...lawak2...bila aku buka handset aku...de misscall 5 kali...padan muka dia ..kredit die habis sbb masuk voicemail...padan mukaaaa....haha3..

kadang2 aku geram dgn kawan yg macam ni...bila kita buat baik salah...bila kita buat salah lagi la salah kan...haha3

pepun..aku tetap aku..sape2 yang nak jadi kawan aku...aku terima je tanpa mengenal rupa paras, agama, bangsa, negara ( bajet org luar nak kwn dgn aku la ni...haha3 ) asalkan jujur dalam persahabatan dan terima aku seadanya. aku juga manusia biasa yang x lepas dari melakukan kesilapan..dan aku akan berusaha untuk menjadi yg lebih baik+baiki pe yg patut..pepun sama2 kita pelihara hubungan persahabatan nie...hehe3...:)



:::: aku tetap aku...kamu tetap kamu...ada faham...hehe3..:::

::: fwenz 4 ever n ever :::









Friday, December 3, 2010

December dtg lagi....


Disember dtg lagi....dh 3 disember dah pun...hu3..semalam dh merdeka...terase teramat lega ble dh bis final...x yah bce buku dah...x yah pk2 dah...hehe3...blh ke cm 2??huhu3...lekkk luuu...

apbila dh bis final exam maka berakhirla sem 5...maka sem 6 pulak kan berkunjung tiba..pas 2 sem 7..pas 2 sem 8 dh bt L.I...pas 2 gradddd!!!yuhuhuhu...tp lmbt ag...2012...hurmmm...:(
bdk2 umah yg laen sume dh nk grad tahun depan...jelesss seyhhh!!!!

sem 5 ak ase cm cpt je...penuh suka n duka aku lalui...byk mda yg terjd...hmmm...
mls r cite...t cdey....T_T
biar sume ni ak je yg tahu...hu3..

tapi kini ak tahu sape yg ade time ak susah n time ak senang...
tp patot ke cari aku time dia susah jew...time senang haram!!cm sengal je...
org cm 2 ke patot dipanggil kawan???
kalo ikutkan hati memg sakit hati...tp itulah lumrah kehidupan sbnrnye...
pasni ak x kan kata ape2 dh lagi...nak mintak tlg dgn die..
insyaallah x kot!!!huhu3...

pepun slamat bercuti tuk sume...
cuti 1 bln je...
x leh byk...hehe3..

mlm ni blik umah...windu kat sume2...
amat asyik tye je ble nak blik....huhu3!!! i loikee!!!
dah lame kot x balik!!!hehe3


::: bulan nie bday ayah+akak+abg..huhu3.. :::

ayah = 10/12/1953
akak = 05/12/1986
abg = 08/12/1987

hepyy bdayzz kalian...
t kena belanje mkn r...makan besar sekali...hehe3...:))


::: skrg sgt addicted dgn lagu muhasabah cinta+yang ku tahu cinta itu indah+kisah kita = i likee!!!..:::



x puas hati bebb!!!

1stly nk gtau yg ak x ske/nk marah/x puas hati n segala bagailah dgn ending cite asmara...patotke cm 2??...semngat ak follow cite 2 tiap2 minggu kot!!!...aleh2 cm 2 endingnye...hampeh...ramai gler kot yg x suke ending cm 2...dgr2 de asmara 2...hmm...bpe lame lg la kena tggunye...sengall seyhhh!!! 2 je nk gtau yg hati ak ni x kepuasan dgn melihat endingnye bg2...ada fahammm!!!! x puas hatiiii...hahaha3....

tgk jela kat mne3...lam blog ke..u tube..fb tv3 ke..fb lestary asmara ke...ramai kot yg xpuas hati...yg sokong nye ade la dlm 1% kot...yg 99% lg lu pk la sndiri...hahaha3...

jum tgk kalo x cye...
mcm2 org bt kritikan n so on la...hu3

sekian saje dr aku...haha3...

pepun jum layan vdeo..sape2 yg rdu kat cite asmara jum tonton...
yg x suke tgk x yah gediks2 nk play k...kihkih3....:))
yg pasti suke tgk asmara+zaliya...





::: yg pasti mlm 2 dan2 cdey ble tgk ending cm 2...siyess bebbb!!! x cye sudah...g umah bedah...haha3...:::